Jumaat, November 13, 2020
Soal Selidik Penambahbaikan Perkhidmatan BNK
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan. Tuan/Puan dijemput untuk
mengambil bahagian dalam tinjauan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
yang bekerjasama dengan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA
International) dan UNICEF. Tinjauan ini bertujuan untuk memahami isu, cabaran
dan kesejahteraan Ibu Bapa /Penjaga di Malaysia dalam menghadapi Norma Baharu.
Tuan/puan sebagai Ibu Bapa/ Penjaga adalah dialu-alukan untuk bersama-sama kami
dan memberikan maklum balas dalam tinjauan ini. Maklum balas tuan/puan akan
digunakan untuk perancangan dan pembinaan program latihan yang bersesuaian
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menghadapi isu kesejahteraan emosi
dalam kalangan murid, guru, dan ibu bapa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan