KEMAMAN WEATHER

Isnin, Mei 04, 2020

Mensyukuri nikmat


Salam anak-anak permata NeOPriS? Apa khabar anda semua, cikgu doakan anak-anak agar sentiasa sihat dan dipermudahakan untuk berpuasa di bulan Ramadan ini.

Apabila kita bercakap mengenai nikmat syukur sepatutnya kita merasakan ianya sangat penting dalam diri anak-anak. Contoh menikmati umur yang panjang merupakan hasil pemberian yang tidak terkira nilainya. Syukur tidak boleh digambarkan ya anak-anak. Apa yang pasti ianya lahir daripada hati nurani kita yang bersih. Nikmat bercuti panjang akibat penularan wabak Covid 19 memastikan anak-anak dapat berada di rumah dalam jangka masa yang panjang ini. Sudah tentu ianya memberikan kepuasan yang terbaik untuk anak-anak. Maklum sebelum ini, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara dan memberikan pendidikan yang terbaik. Anak-anak yang dikasihi, nikmatnya bila dapat bersama dengan keluarga, seperti mana cikgu yang dapat bersamasama dengan isteri dan anak-anak yang tercinta.

Rasa tak terucap bila tengok laut dan pantai yang mendamaikan. Begitulah manusia dan alam tidak dapat dipisahkan. Alhamdulilah kesempatan ini masih ada untuk kita menghirup pemberiaan Allah yang sungguh bermakna ini. Jadi anak-anak setiap kali mendapat perkara yang baik ucapkan alhamdulilah.  Jangan lupa anak-anak semua, nikmat belajar juga penting. Untungnya anak-anak dalam penularan wabak Covid 19, masih diberi kesempatan untuk menikmati pembelajaran dalam talian. Ibu bapa bersusah payah untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Justeru itu,  niatkan dalam diri anak-anak untuk belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dek kepayahan dalam musim PKP.
#Terusbelajar

#Dudukrumah

#kita jaga kita

#Kitapastimenang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan