KEMAMAN WEATHER

Rabu, April 29, 2020

Pemenang Kuiz Interaktif Covid 19 - UBK



NAMA PEMENANG KUIZ INTERAKTIF COVID 19 ANJURAN UBK NEOPRIS
1.NUR ALIYA SOLEHA BT MOHD SHOBRI                                                       
2.NURUL ELENA BINTI AHAMAD ROZAIMIE                                                     
3.SITI NUR HUMAYRA BT MD ALI IMRAN                                                       
4.MUHAMMAD ZAFAR IKTIZAZ BIN MOHD ROZY                                                
5.NUR AQILAH FARHANA BINTI ABD HALIM                                                     
6.NUR AYREEN ADRYANA MOHD ZAMRI                                                       
7.MUHAMMAD ILHAM QUSOYYI BIN JUFRIE HADANY                                             
8.NUR FAIZATUL HUSNA                                                                      
9. MUHAMMAD DENIEL SHAFIE                                                                  
10. NUR IZZATUL NASUHA                                                                       
11.MAHIZA ZALIA HUSNA BT MAHIZAN IZMAHADIE                                                

#Tahniah
#DudukRumah
#Covid19 pergi jauh-jauh
#Aktiviti PKP

Sabtu, April 25, 2020

Puasa ke 2

Salam....selamat pagi anak-anak permata NeOPriS. Bagaimana perjalanan hari kedua kita berpuasa. Cikgu doakan agar semua dapat berpuasa dengan semaksima yang mungkin. Alhamdulilah, kita masih lagi diberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan ini Allah turunkan pelbagai nikmat khasnya untuk kita ummat Nabi Muhammad S. A. W. Justeru tu marilah kita sama-sama mencari seberapa banyak pahala bagi meningkatkan ketakwaan iman kita. Pelbagai bentuk dan cara untuk kita mendapatkan pahala, anak-anak boleh membantu ibu bapa di dapur, menjaga adik-adik dan sebagainya lagi. Ingat, walaupun kita masih lagi berada di dalam gelombang PKP, cikgu harapkan anak-anak masih lagi berada di dalam rumah, mengulangkaji pelajaran seperti biasa dan berpuasa seperti biasa. Semoga anak-anak dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dengan lancar. Sama-samalah kita doakan. Jangan lupa berdoa setiap hari semoga anak-anak dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Mustajab berdoa di bulan Ramadhan ini. Aamiin.


#Stay at home
#Duduk rumah
#Selamat berpuasa
#Warga NeOPriS
#Anak-anak permata NeOPriS
#Kejar pahala Ramadhan

Khamis, April 23, 2020

Oh Ramadhan



Hari Bumi

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

Sumber : Wikipedia




Selasa, April 21, 2020

Jaga kebersihan

 
Salam anak-anak, nampak remeh kan, tapi inilah cara yang betul untuk mencuci tangan. Haa, siap dengan video lagi. Harap anak-anak semua prihatin.

#Kita hebat
#Hentikan penularan Covid 19
#Stay at home
#Jaga kebersihan diri
#Jaga pemakanan
#InsyaAllah selamat

Pembelajaran Interaktif Percuma

Salam.....semua murid dan ibu bapa boleh melayari web pembelajaran di atas. Banyak soalan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid. Cikgu amat menggalakkan murid-murid menggunakan medium ini untuk menambah sumber ilmu. Ada satu cerita berkaitan dengan web pembelajaran ini, masa cikgu di sekolah lama, ada murid yang gunakan web ini untuk belajar Alhamdulilah berkat kesungguhan dan cara belajar yang efisien telah memberikan murid cikgu ni mendapat keputusan yang baik dalam UPSR. Jadi kepada anak-anak yang liputan internetnya agak bagus bolehlah menggunakan peluang dan kesempatan yang ada ini. Id dan password telah dinyatakan dalam grafik. Usaha tangga kejayaan. Boleh klik di sini untuk akses


Ahad, April 19, 2020

Suka suki Guru Google Meet

Salam...selamat petang....hari ini semua guru berkaloborasi di alam maya....semua berjumpa di Google Meet. Satu benda baharu, satu perkongsian yang baharu. Mungkin satu masa nanti kita boleh aplikasikan di kalangan murid-murid pulak. Apa-pun tahniah buat semua guru NeOPriS. Anda memang terbaik.

Jom kita terjah gambar sekitar hari ini








#Stay at home
#Kerja tetap buat
#Janji semua happy
#Covid pergi jauh-jauh
#Warga NeOPriS terbaik

 

Khabar dari PKP 3


Assalamualaikum....apa khabar anak-anak? Cikgu harap anak-anak sentiasa sihat dan "Stay at Home". Hari ini merupakan hari yang paling ditakuti cikgu. Cikgu terpaksa membawa bapa mertua yang sakit ke salah satu hospital di Kota Bharu, perjalanan ke sana terpaksa melalui beberapa pos kawalan. Bila bawa orang sakit, semuanya nak cepat, jadi bila dah masuk di laluan ke Kota Bharu, ada dua lorong disediakan.Satu lorong untuk frontliner dan satu lorong untuk orang awam. Ya, cikgu orang awam terpaksa melalui lorong untuk orang awam. Apabila dah memasuki lorong tersebut, bapa mertua cikgu makin sakit dan memerlukan rawatan segera. Maka ibu mertua cikgu turun daripada kereta untuk menahan kereta lain dan meminta dibenarkan menggunakan lorong kiri. Apabila kereta mula bergerak untuk melepasi laluan pemeriksaan, cikgu telah menukar lorong laluan "Frontliner". Apabila sampai di tempat pemeriksaan, cikgu telah memohon kebenaran untuk segera ke hospital.

Setelah menjalani rawatan selama lebih beberapa jam, cikgu serta mertua balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, terdapat pemeriksaan yang ketat telah dilakukan, pegawai trafik telah menahan kereta cikgu, alhamdulilah dibenarkan meneruskan perjalanan cikgu seterusnya. Setelah melintasi jambatan yang menghubungkan antara Kota Bharu dan Pasir Pekan, satu lagi pemeriksaan dibuat. Sekali lagi pengawai polis bertanya daripada mana dan hendak ke mana. Alhamdulilah, masih lagi dimudahkan.

#Terima kasih "Barisan Frontliner"
#Syukur pada Allah yang memudahkan perjalanan
#Yakin diri 
#Moga bapa mertua sentiasa sihat
#Sentiasa bersedia
#Stay At Home
#Buat kerja yang berfaedah





Khamis, April 16, 2020

Santai Covid




Redha dan terima

Assalamualaikum anak-anak murid NeOPriS? Hakikat dan ketentuan perlu murid-murid Tahun 6 terima, tiada pentaksiran UPSR 2020 bukan bermakna anak-anak tidak perlu belajar lagi tetapi masih perlu meneruskan pembelajaran seperti biasa. Cikgu-cikgu NeOPriS akan terus memberikan komitmen kepada anak-anak sehingga habis tahun ini. Anak-anak Tahun 6 jangan risau pihak kementerian mempunyai perancangan yang rapi untuk kamu, kita sama-sama menunggu apa keputusan pihak kementerian buat. Dalam kehidupan, kita menerima ketentuan di mana kita berlandaskan kepada Rukun Iman. Cikgu doakan anak-anak Tahun 6 terus tabah dan teruskan pembelajaran seperti biasa, perjalanan anda sebenrnya masih lagi jauh, kami guru-guru NeOPriS hanya mencorakkan sahaja peluang dan potensi terletak pada diri anak-anak. Yakinlah dan pasrah dengan ketentuan ini. Moga ada perancangan terbaik nanti. Rindu anak-anak permata NeOPriS. Marilah kita sama-sama doakan agar penularan wabak Covid 19 cepat ditamatkan dan kita semua akan kembali ke sekolah seperti biasa.






#Kita jaga kita
#Covid19 pergi jauh-jauh
#Stay di rumah
#Redha dan pasrah
#Belajar terus belajar 
#Permata NeOPriS

Selasa, April 14, 2020

Poster santai




Sumber rujukan : web dan FB

Santai Motivasi

Salam anak-anak NeOPriS. Selamat pagi, selamat belajar, apa khabar anak-anak pagi ni. Cikgu harap semua dah siap sedia untuk belajar dengan cikgu subjek masing-masing. Baik, pada pagi ini cikgu ingin berkongsi beberapa tip untuk menjadi murid yang cemerlang. Anak-anak boleh klik di sni untuk mendengar santai motivasi pagi ini.





Isnin, April 13, 2020

Santai Petang

Selamat petang anak-anak permata cikgu..cikgu harap ada aktiviti yang bermanfaat di waktu petang ini. Saranan kerajaan, jangan keluar jika tidak wabak akan terus menular. Jika anak-anak ada sebarang permasalahan dan pertanyaan jika sedia mendengar luahan anak-anak. Cikgu mahu semua emosi anak-anak berada dalam keadaan yang stabil dan terbaik hendaknya. Anak-anak boleh mengisi borang maklumat di dalam blog ni. Anak-anak boleh skrol di bawah untuk mengisi maklumat dan pertanyaan di borang tu. Cikgu lampirkan contoh di bawah., nanti anak-anak cari ye dalam blog ni

Bagi ibu bapa anak-anak boleh menggunakan saluran Talian Prihatin Kaunseling 2.0. Boleh sebarkan kepada ibu bapa anak-anak.


Kisah di Klinik

Apa khabar hari ini anak-anak? Cikgu doakan semua murid sihat hendaknya. Pagi ni cikgu ke klinik membawa anakanda tercinta yang mengalami sakit radang dan bintik merah di badan. Sebelum masuk ke dalam klinik semua orang perlu melalui tapisan dan saringan untuk Covid 19. Sampai giliran anak cikgu terus suspek demam di bawah suhu 37.5 dan dikehendaki menjalani saringan Covid 19. Alhamdulilah, bukan demam yang menjadi punca Covid 19, tapi demam akibat bintik merah dan radang. Selepas dapatkan rawatan terus balik ke rumah. Jadi di sini cikgu lihat betapa mereka (jururawat dan doktor) tabah dalam menjalankan amanah yang patut mereka pikul. Mari kita ucapkan syabas dan tahniah atas jasa pengorbanan mereka mengawal virus Covid 19 daripada terus menular.




Ahad, April 12, 2020

Selamat belajar

Salam dan selmat pagi anak-anak permata NeOPriS..adalah diharapkan anak-anak semangat untuk belajar pada hari ini. InsyaAllah, kelas akan bermula sebentar lagi. Jangan lupa segala alat tulis. Bersedia awal dengan segalanya. Pastikan murid-murid dah sarapan ye dulu....selamat belajar, selamat menuntut ilmu, jangan lupa bertanya kepada guru anda dan sentiasa hidup ceria, positifkan diri murid-murid. Sebelum itu, jangan lupa membaca doa belajar


Sabtu, April 11, 2020

Kemahiran Belajar dan mencatat Nota

Assalamualaikum....apa khabar anak-anak. Cikgu harapkan pada masa cuti ni ambik peluang untuk belajar dengan sebaik mungkin. Besar pengaruh PKP kepada kita semua. Tapi janganlah anggap PKP ini membebankan anak-anak cikgu. Sesungguhnya kami amat berharap untuk kembali semula ke sekolah untuk menabur dan memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak permata NeOPriS. Sama-samalah kita mendoakan agar PKP segera ditamatkan dan anak-anak akan dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Coretan pertama yang cikgu ingin sampaikan berkaitan dengan kemahiran belajar dan kemahiran mencatat nota. Bahan-bahan imej cikgu ambil dari internet sebagai sumber rujukan kepada anak-anak. Moga kita cepat bertemu semula. Rindu anak-anak semua.

Boleh lihat nota pada imej gambar yang cikgu sediakan




*Sumber rujukan dari blog dan web

Pengurusan Emosi

cara-cara mengenal pasti dan menguruskan emosi yang mungkin dialami oleh kita sepanjang musim wabak COVID-19:

•  Bercakap dengan orang yang anda percaya

•  Kekalkan gaya hidup sihat

•  Jangan gunakan sebarang bahan sewaktu berhadapan dengan emosi anda

•  Dapatkan fakta yang benar

•  Kurangkan masa anda dengan maklumat yang merunsingkan fikiran

•  Gunakan kaedah yang telah berjaya membantu anda sewaktu berhadapan dengan emosi

Sumber : MGKK Terengganu Prihatin






Soal Selidik


Mohon kepada semua murid NeOPriS dapat mengisi borang soal selidik yang telah disediakan. Sebarang maklumat yang diperolehi adalah dirahsiakan. Sebarang permasalahan dan rujukan murid-murid dan ibu bapa boleh merujuk kepada Guru Bimbingan, Cikgu Mohd Kharul Zaman. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama menjayakan soal selidik yang disediakan di bawah.